Saturday, February 26, 2011

saya geram nih ! =(


Hari ni saya upset sangat2 ngan seseorang..ya betul2 geram juga ! Marah pun ada..seyez..

Lama uda kita bekawan kan?? Napa bha kau buat saya sedih hari ni..

bila saya cakap ngan kau, kau buat bodoh ja..

tapi bila kau cakap ngan saya mesti kau mau saya fully attention ngan apa yang kau cakap..

Tapi adakah kau dengar @ ingat apa yang saya cakap?

Adakah? ada?

huhu~ 

saya sayang bha kau tu..Tapi hari ni kau betul2 buat saya geram..

Ya Allah..tenangkanlah hati hambamu ini..amin~

Saya nda mau kita salah faham lagi..

please..



Kepada kawan2 yang follow saya tu..saya akan follow kamu blek bila kelajuan bb kembali normal..haha..common prob ! 
ada belog yang langsung saya tak boleh view langsung..huhu~
Don't worry asal korang bagi saya link belog korang 4 sure saya follow balik..
Tanpa korang, tiadalah follower saya sebab saya bukan blogger yang popular..hehe
Muchos Everyone..
Keep visiting my blog ya !
Love u all
muwahh!

notes: smlm saya wat button follow kat atas belah kanan tu..nampak kan? kalau nak follow klik follow tu je k..sayang korang ! 


♥ Thanks for reading and comments ♥

Thursday, February 24, 2011

Saya Join FaceBlog..=)

Hey people's
hehe..

Yeahh..Hari ni Saya Join FaceBlog~
Jom kawan2 kita join ramai2..
Klik FACEBLOG if nak join k..





saya copy je..hehe~
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.TERIMA KASIH

That's all..

♥ Thanks for reading and comments ♥

Jawapan Saya kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" = Mohd Fadli Yusof =

sumber: Mohd Fadli Yusof

Macam2 sudah artikel yg mengelirukan pembaca terutamanya saya..huhu..
so, ini jawapan untuk artikel before ni..
Macam pening juga saya ni..haha..
keep readin'..
depends on u individu ! 


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Silakan Tag @ Share




♥ Thanks for reading and comments ♥

Wednesday, February 23, 2011

Bagi Muslimah Yang Belum Bertudung => sayalah tu..=)


Kalau rajin bacalah ya..^^v

Kisah yang akan diceritakan selepas ini mungkin hanya cerita dongengan bagi sesetengah insan, namun bagi sesetengah insan lain yang ingin mencari Islam sebenar, kisah yang akan diceritakan selepas ini Insya’Allah akan memberi sedikit inspirasi kepada mereka untuk membentuk diri dan juga keluarga kita agar melaksanakan satu perintah besar daripada Al-Khaliq berkenaan penjagaan aurat khususnya untuk muslimah sekalian dengan sempurna.

Kisah ini diceritakan daripada seorang sahabat.

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Aliya dengan hukum-Mu”.

Pada satu hari, ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?”. Lalu saya menjawab sambil lewa, “Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”.

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan setelah saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Aliya: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Aliyasesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti. Tudung adalah salah satu perlindungan untuk wanita!

Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Aliya : Apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Aliya, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua. Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Aliya, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu

“buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia”

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.

(peringatan untuk diri saya sendiri juga)



♥ Thanks for reading and comments ♥

Tuesday, February 22, 2011

semalam punya semalam punya story =)

Assalamualaikum~

heyyy girlsss and boyss !!
wassupp wassupp !! banyak asapp..hahaha~
(cite malam ahad yang lupa nak post..hahaha)

erm..baru ada mood nak update belog..hehe~
Maklumlahkan semalam saya outing dengan ex-bos (wife & husband) & kawan2 saya juga..
so, adalah story nak share ngan korang semua..

Erm..semalam kan adalah hari ber"dinner" bersama2 bos dan pekerjanya..dan saya adalah ex-worker sebab dah berenti minggu lepas tapi saya tetap dijemput oleh bos..hahaha..bos sayang saya ma !
wakakaka~

Lokasi pertama kitaorang pegi adalah kat Petaling Jaya..Makan steambot beramai-ramai..ala, yang macam orang cina makan satu family tu..hehe~ erm..first tu kan macam ragu2 jugalah sebab takut tak halal sebab semua cina kan? tapi tak lama kemudian ada juga orang melayu yang makan kat sana..hilang keraguan..haha..lagipun bos dah tanya dulu, dan pemilik kedai cakap semua makanan halal..alhamdulillah..(good bos,hehe)

Sory no picture..semua ingat makan je.

So, Semalam saya layan makanan yang mostly "fishball" je..wakaka..yang lain pantang ! aduiii memang rugi kau echa.. Pastu makan ayam goreng plak..ui, bukan ayam goreng biasa..ada rasa manis2 lagi ayam tu..haha..aihh..memang makan lah sampai nak muntah sebab kena habiskan makanan..kalau bazir kena bayar rm10..apalagi bos suruh kitaorang habiskan juga..
arghhhh..nak muntahh lah bossss... ! haha..
Tapi sempat juga makan aiskrim..haha..makan puas2 lor orang belanja..hahaha~

Dah siap makan boss ajak g tangkap gambar kat Sunway Piramid lak..
owhhhhh..damn..cantiknya lampu lip lap kalau malam..hahaha~


Ni salah satu pic yang saya pilih k..malas nak upload =.="


My friends - Kelly and Wing <3


Ni lak fatin


yang ni si rose..^^v


yang ni lak maid ex - boss saya..
Best kawan ngan dia taw !

Opppsss..kat bawah ni kad yang di buat sendiri oleh kawan2 saya..
waaaa..terharu saya owh time buka gift dari dorang..
huhuhu~

TQ girls..
<3 u all so much..hehe


*depan



*dalam

Ni hasil keja Wing..Dia seorang yang sangat kreatif tau..
banyak saya belajar dari dia..
tQ wing and kelly,fatin dan juga rose..

Cuti nanti kita jalan2 lagi ea??
hahahahaha~


that's all..
Muchos


♥ Thanks for reading and comments ♥

Saturday, February 19, 2011

Perkataan "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? =)

Assalamualaikum semua !

Sekali lagi saya copy info ini untuk pengetahuan kawan2 yang beragama Islam seperti saya..
Learn from mistake..yahh..saya salah satu daripadanya..Sebelum ni menggunakan perkataan "Salam"..
Tapi selepas membaca info ini saya sedar yang saya telah buat kesilapan..huhu~

Selamat membaca ya kawan2..

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

 Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

fwrd from : Mohd Nor B Udi's

Sumber : Fairul uda
♥ Thanks for reading and comments ♥

Friday, February 18, 2011

Alert !! Cara Terbaru untuk mencuri kereta.. O.o

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat



saya copy bulat2 dari sumber diatas..hehe~
Just Sharing ya !



♥ Thanks for reading and comments ♥

Mvalley 2

Hallo hallo hallo eberibodi..

outing kali kedua kat mid valley..
hehe~
Malas nak cite panjang just look at the picture below ja la r..
Plan : Teman kawan seorang ni Tengok wayang dan beli Domino's Pizza..haha~

Kami tengok cite Sini Ada Hantu~

Best juga lah..lawak punya cite hantu..
tapi lawak2 pun takut juga tengok muka hantu tu..
hahahaha..
dasar penakut c echa..





before the show..isi perut dulu..haha~



Ni dia si rose



makan banyak owh..hehe



heeee..common pic



otw balik..tunggu tren..



eh eh..before balik..singgah beli domino dulu..



Beli dunkin donut juga..
Awww..i bought it for my family..
we ate together..
best feeling ever !


that's all..
agak malas nak update..
hehe..

Muchos !



♥ Thanks for reading and comments ♥

Thursday, February 17, 2011

plz support my frens..thnX ya !

Selamat Pagi Semua..
hehe

Erm actually saya mau minta tolong sama kamu bah ni..
boleh ka?
Senang ja bah..

Tolong klik Like ja di picture yang saya bagi link ni..
Tolong ya support kawan saya..
Terutama kepada bloggers sabahan..
yang Semenanjung pun are most welcome..hehe~

Kamu pilihlah yang mana satu kamu suka..sebab kat sini ada dua orang..
Click like both of them pun are more more more better..
eh eh nak pegi site tu just klik picture or nama dorang ya..tp sebelum tu kenala like page tu dulu..
heeeeee..tQ so much ~






Actually..kawan2 saya ni join  Make Over & Photoshoot Contest by The Spell Bridal Boutique's..
Rasa2nya sabahan mesti tau kan?
So plz support kawan2 saya k..




valid until 30 mac 2011

Muchos
kepada siapa2 yang tolong ya !







♥ Thanks for reading and comments ♥

Wednesday, February 16, 2011

Mid ValleY 1

Assalammualikum~
Mornin'



Hey people's !
 ini Cite semalam ya ~

Semalam kan saya ada janji ngan seorang kawan ex - tempat saya keje part time tu..
Oleh sebab semalam dia cuti so dia ajak saya keluar pegi midvalley sebab nak tengok wayang, cuci mata dan jalan-jalan lah..hehe..
So, saya pun outing la kan coz pasni mesti saya jarang kuar dah..huhu~ 
Kawan saya ni adik lagi lah dari saya..dia baru lepasan SPM tapi keje kat tempat yang sama ngan saya before ni..
Orangnya best tau..banyak cakap macam saya jugak ! hahaha~

ok, nak tengok orangnya ??
let's check it out !

 jeng jeng jeng ~

Ha tu dia c fatin..excited nak ambik gambar ni..haha~

Dah sampai kat mValley kami direct pegi beli tiket wayang..
Kami tengok cite apa tau?

Tu dia..

THE GREEN HORNET

Punya panjang Q time mau beli tiket tu..
Maklumlah cuti kan..
huhu~
Tapi dapat beli jugalah..

Ni tiket kami..

3D lagi tu..
Best !!

Oleh sebab wayang start pukul 1.30pm, so, kami pun cari makanan coz lapar.. perut menyanyi sudah..
Ada breakfast juga tapi sikitlah..huhu..
So, apa lagi kami pegi ke port Food Junction la..pilihan kami adalah 
"Local taste"
cewahhh ~
haha..

fatin ngan nasi goreng nya..

..dan ini saya punya..
haha~

ada taugeh kan? 
proses mengasingkan taugeh berlaku semalam..
Miahahahaha~


c echa yang kuyus ~
haha~

Lepas lunch, dan wayang pun nak start dah, kami pegi belilah Combo 5..
combo 5 = large popcorn dan 2 mineral water..
kan dah minum manis time makan so kenalah minum air biasa..
hehe~

c echa ngan cardigan hitam yang disayanginya..
sejuk bha..maklumlah saya kan c kuyus yang sweet..hahaha..
Doctor cakap saya tak tahan sejuk..
betul tu doc !
=.="

Model Popcorn
tengoklah wajah saya sebenar w/out editing..
terukkan? 
tp sweet wat..haha..perasan
hoho~

posing ngan the black 3D "glasses"

kesimpulannya:
Cite TGH ini sangat2 best..action punya cite bah ni..saya suka..plus c jay chou lagi..
lagilah umppphh~
eh eh..semua pelakon pun hebat juga tapi mostly hero paling best..
haha..
bagi saya, hero TGH adalah jay chou sebab dia banyak peranan dalam cite ni bukan macam hero sebenar..
hahaha~
5 star k !
jangan lupa tengok k !

yoyo ! lepas habis tengok movie kami pegi shopping jap..
haha..
maklumlah mValley..
all's expensive..
so, pilih yang berkenan je la..
yang penting beli..
haha..

That's all for today ya !


Muchos for reading !



♥ Thanks for reading and comments ♥